Monday, June 28, 2010

bile abis exam.....

alhamdulillah...selesai da paper english tadi..tapi dalam banyak2 paper nie english paling aku takut sekali...cuak gak..berdasar kn track record ak dlu2 time sekolah..english ak hampeh..time trial je mesti B..tak penah nye nak dapat A..tapi syukur alhamdulillah..time exam aku dapat A..hope exam yang nie pon leh r aku dapat A..dan harap2 bukan English saje aku dapat mumtaz..harap2 semua paper yang aku amek dapat A(mumtaz)...setelah beusaha besungguh-sungguh selama 2 bulan nie..kini hanya mampu betawakal dan berdoa kepada pemilik ilmu ini..belajar lah macam mane kuat sekali pon,,tanpa doa dan tawakal,,ini semua hanya sia2..kite hidup di muka bumi ini untuk mencari keredhaan Allah S.W.T..dan kita perlukan keredhaan daripada Allah untuk ilmu2 yang kite pelajari..moga2 ilmu yang kita pelajari tu membawa manfaat kepada umat Islam sekalian..InsyaAllah..

sebut tentang habis exam nie..ramai da wat perancangan..nak g cairo lah..tengok bola r..main bola..banyak sangat perancangan kite..dan yang paling penting sekali ialah nak balik Malaysia..rindu rase nye kat keluarga tercinta..hehehe..dulu2 bile time abis je SPM kat sekolah..ramai yang wat perancangan tok amek lesen ngan kerja...skang nie bile da kat U dan jauh lak dr Malaysia..rase xtau nk wat pe..

tapi bile kite fikir2 balik..kite cube tengok perubahan diri kite sebelum dan selepas exam..banyak rase nye kite berubah..same ada menjadi yang lebih baik atau jadi yang lebih teruk atau sama sahaja...

Sebelum exam..

~rajin pergi masjid
~rajin semayang sunat
~rajin bace Al-Quran
~tak pernah tinggal selawat
~rajin sedekah
~macam2 lagi yg bek..

Selepas exam

~pergi masjid jarang sekali
~solat sunat pun jarang
~Al-Quran tidak disentuh
~sedekah berkurangan
~maksiat bertambah


ini baru contoh je..banyak lagi yang kite xsedar ape yang kite da wat time habis peperiksaan2 yang sebelum nie..kite ini hanya lah hamba Allah yang lemah..perlu sering diberi peringatan..kite sering lupe bahawa Allah yang memberi segalanya kepada kite..kite hanyalah hamba..sedarlah..nape perlu kite enjoy sangat selepas tamat peperiksaan..baru habis exam..keputusan xkeluar lagi..

so,marilah same2 kita istiqamah dalam melakukan kita punye ibadat..buatlah kerana Allah..bukan kerana exam semata-mata..

buat sahabat sekalian,,sama ada di Malaysia mahupun di Mesir..semoga kite najah dengan cemerlang dalam setiap peperiksaan yang kite hadapi..dan jangan hanya berdoa untuk mencapai kejayaan dunia sahaja..doalah untuk akhirat sekali..





Tuesday, May 4, 2010

Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis

Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis
www.iluvislam.com
khawarizmi
Editor:lailatulema

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

KERANA KAU BEGITU BERHARGA...