Friday, July 8, 2011

Khutbah Wida' Rasulallah dan kisah Bilal.

(Entahlah kenapa terasa sayu pulak bila membaca khutbah ni. Mungkin aku mula memahami bagaimana rasanya kehilangan?Wallahualam)


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.


***

Ada satu kisah

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Bilal bin Rabah tidak dapat lagi meneruskan tugas beliau sebagai muazzin kerana beliau terlalu sedih sepeninggalan Baginda Rasul yang baliau kasihi.

Ketika azan, saat beliau melaungkan, 'aku naik saksi bahawa Muhamad itu pesuruh Allah', Beliau akan menangis teresak-esak kerana terkenangkan Baginda Rasul.

Kerana itu, Bilal bin Rabah keluar dari Madinah, dan bermusafir ke negeri Syam.

***

Pada satu hari, Bilal bin Rabah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad.

Di dalam mimpi beliau, Nabi berkata, "Mengapa adanya kedinginan ini wahai Bilal?"

"Kenapa wahai Rasulallah?" Jawab Bilal penuh cinta.

"Kenapa kau tidak ziarahi aku?" Balas Nabi.

Lantaran mimpi itu, Bilal menjadi gundah-gulana. Lalu, Bilal mengambil keputusan untuk kembali ke Madinah, menziarahi makam Nabi. Rindunya pada Nabi selama ini, hanya Tuhan yang tahu.

Di Madinah, datang pula Hassan dan Husain, cucu Nabi bertemu dengan Bilal. Mereka meminta supaya Bilal melaungkan azan, setelah sekian lama beliau menghilang.

Lalu ketika masuknya waktu solat, Bilal melaungkan azan. Merdu suaranya kedengaran ke seluruh Madinah.

Mendengar laungan azan itu, orang ramai keluar dari rumah dan memenuhi jalan-jalan dan setiap pelosok Madinah. Oleh kerana Bilal menjadi muazzin ketika Rasulallah masih hidup, mereka merasakan seolah-olah Baginda Rasul masih berada disamping mereka.

Kerana itu, kedengaranlah esakan hebat orang ramai, mengiringi laungan azan Bilal bin Rabah. Bilal telah mengamit kembali suasana lampau saat orang yang mereka cintai itu masih hidup.


Subahanallah.

sumber:

Monday, July 19, 2010

cepat nye mase berlalu.....

pejam celik pejam celik,,kejap sangat mase berlalu...da nk kuar result exam...sebelum nie menghitung hari habis exam..kini menghitung detik keluarnye result...harap2 penantian ini membawa satu rahmat da keberkatan....

setelah puas bercuti di matruh dan siwa pade minggu lepas..kini tiba mase nye tok bercuti di tanah air tercinta..harapan yang diletakkan keluarga supaya pulang ke tanah air pada tarikh yg ditetapkan harapnya tidaklah terbantut dengan keputusan ku..harap keputusan ku mencapai tahap yg cemerlang...setiap manusia di dunia mengimpikan kejayaan..bukan sahaja kejayaan dunia..tp akhirat jugak...setiap kejayaan yang kite hadapi di dunia nie hanya lah sementara..kejayaan di akhirat itu lebih kekal...supaya kite semua berjaya di dunia dan di akhirat..

berbicara tentang masa..berapa banyak sangat mase yg kite ade di dunia nie...

1 TAHUN= 365 1/4 HARI

1 HARI= 24 JAM

1 JAM= 60 MINIT

1 MINIT=60 SAAT


dalam banyak mase yg kite ad nie..bape banyak yg kite buat untuk beribadat???

rase nye terlalu sedikit jika dibanding dengan kite penuhinya dengan hal2 duniawi...kite sering lupa...itulah manusia...kite perlu sering diingatkan tentang hal2 ibadat dan kebaikan supaya kite akan terus ad motivasi untuk melakukan perkara2 yang baik2...dan kite akan ingat akan dosa2 kita yang banyak nie...

masih banyak lagi kekurangan yang ade dalam diri kite..sepanjang menunggu result..bape ramai yang masih istiqamah berdoa untuk sahabat2,,berapa ramai yang masih buat solat hajat...harap2 kite semua dapat meneruskan ape yang kite buat even selepas dapat result..(^^,)


semoga pelajar perubatan tahun 1,2&4 universiti zaqazig mendapat keputusan yang cemerlang..amiiin....

p/s::::cuak nak ambil result.....