Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kita berada.

Bersumberkan Abu Dzar Al-Ghifari r.a. memberitakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

Ertinya:

Takutlah kepada Allah di mana sahaja anda berada.

Hadits Riwayat Abu Dawud dan At-Turmudzi: Hasan

Pengajaran:

  1. Rasulullah s.a.w. mengajak umatnya supaya takut kepada Allah, di mana Dia ialah Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat segala gerak-geri hati dan perbuatan manusia; malah mengenai semua makhluk-Nya.
  2. Manusia ialah makhluk yang selalu aktif: bergerak dan berada di mana-mana tempat dan keadaan. Sebagai hamba Allah, seseorang hendaklah tetap takut kepada Allah di mana-mana sahaja; bukan hanya takut sewaktu berada di masjid atau di tempat orang ramai.
  3. Tanda iman yang sempurna ialah seseorang tetap takut kepada Allah di mana-mana sahaja dia berada sekalipun di tempat tersembunyi daripada pandangan manusia.

Moga Allah memelihara kita dalam keadaan bertaqwa kepada-Nya pada setiap ketika dan di setiap tempat.


dipetik dari::(http://www.apisbp.com/hikmah/taqwa-kepada-allah-tanpa-mengira-tempat)